
Manakala bagi kesalahan kedua atau kesalahan seterusnya, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang dari dua puluh kali ganda nilai barang atau RM200,000.00 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari empat puluh kali ganda nilai barang atau RM1,000,000.00 yang mana lebih besar atau dipenjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk kesalahan tersebut, kes-kes ini telah disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 iaitu cubaan mengelakkan dengan fraudan duti kastam dan mengelakkan larangan import dan cubaan mengelakkan dengan fraudan duti eksais.īagi kesalahan pertama di bawah cubaan mengelakkan dengan fraudan duti kastam dan mengelakkan larangan import, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang dari sepuluh kali nilai barang atau RM100,000.00 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali nilai barang atau RM500,000.00 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Rokok diklasifikasi sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga / Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Semakan K4 (Manifes Import) mendapati kontena tersebut telah diikrar sebagai Telekung dan Used Pallet bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak JKDM. Rokok seludup yang telah berjaya dirampas oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) Menurut kenyataan akbar oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Tengah, Dato’ Zazuli Bin Johan, Pada 6 Julai 2021, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih berjenama U2 yang merupakan dagangan larangan dengan penahanan empat (4) buah kontena 40 kaki di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Rampasan membabitkan empat buah kontena dengan jumlah anggaran rampasan adalah sebanyak 40 juta batang rokok yang melibatkan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM3.2 juta dengan jumlah duti/cukai dianggarkan sebanyak RM25.4 juta. KLANG, 9 JULAI 2021 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit II (Selangor) berjaya mematahkan satu sindiket yang terlibat di dalam penyeludupan rokok putih di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
